BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 AM

Pelarasan Gaji Baharu Untuk 1.6 Juta Penjawat Awam Diketahui Hari Ini

16/08/2024 10:26 AM

PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Selepas 13 tahun tiada semakan gaji penjawat awam, tumpuan 1.6 juta “tulang belakang” kerajaan itu pastinya terarah kepada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 yang berlangsung di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting berhubung perincian pelarasan gaji untuk penjawat awam seluruh Malaysia pada majlis tersebut.

Sebelum ini terdapat beberapa pengumuman berkaitan perkara itu dibuat sebelum ini, yang sedikit sebanyak membari gambaran “durian runtuh” untuk penjawat awam.

Pada sambutan Hari Pekerja, Mei lepas, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pelarasan gaji bagi penjawat awam melebihi 13 peratus, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah negara.

Seawal 7 pagi, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sudah sesak dengan kehadiran lebih 3,000 penjawat awam daripada pelbagai kementarian dan agensi.

Bagai menantikan khabar gembira, rata-rata hadirin  kelihatan ceria dan masing-masing mengenakan pakai rasmi kementerian  atau agensi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan