BERITA TERGEMPAR   Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional - PM Anwar | PM Anwar umum pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Buruh, Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm30,000

16/08/2024 11:00 AM

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira 5.30 petang.

"Pemeriksaan dalam beg silang lelaki itu menemukan pil kuda dan heroin yang dibungkus dalam peket dan botol plastik.

“Polis turut menyita wang tunai RM200 dan sebuah kereta Perodua Axia daripadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit yang didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan memiliki tujuh rekod lampau berkaitan dadah kini disiasat mengikut Seksyen 39B serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan