DUNIA

Panda Ying Ying Lahirkan Dua Ekor Anak Di Zoo Hong Kong

16/08/2024 03:21 PM

HONG KONG, 16 Ogos (Bernama-dpa) -- Pihak berkuasa tempatan pada Khamis mengumumkan kelahiran dua ekor anak panda gergasi di Ocean Park Hong Kong oleh ibu panda tertua di dunia yang melahirkan anak buat kali pertama.

Anak panda betina dan jantan itu dilahirkan selepas dikandungkan secara semula jadi oleh ibu panda Ying Ying dan bapa panda Le Le pada Mac, kata kerajaan Hong Kong dalam satu kenyataan. Mereka merupakan pasangan anak panda kembar pertama yang dilahirkan di Hong Kong, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Ini adalah tempoh yang sangat kritikal untuk kesihatan anak-anak panda gergasi yang baru lahir,” menurut kenyataan itu.

Pakar dari zoo dan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China (CCRCGP) telah memantau keadaan Ying Ying dan anak-anaknya sepanjang masa, tambah kenyataan itu.

Ying Ying menyambut ulang tahun ke-19 pada Jumaat, menjadikannya ibu panda tertua di dunia yang melahirkan anak buat kali pertama, kata Ocean Park.

“Kelahiran ini adalah satu keajaiban yang jarang berlaku, terutama memandangkan Ying Ying adalah panda gergasi tertua yang berjaya melahirkan anak buat kali pertama,” kata pengerusi Ocean Park Corporation, Paulo Pong, dalam satu kenyataan.

Menurut zoo berkenaan, anak panda jantan yang baru lahir seberat 112 gram, manakala anak betina, yang kelihatan sedikit lemah, seberat 122 gram.

Anak panda yang dikandungkan secara semula jadi jarang berlaku di zoo kerana panda gergasi jarang membiak dalam kurungan dan betina hanya subur untuk beberapa hari sahaja setiap tahun.

Ying Ying dan Le Le diberikan kepada Hong Kong oleh Beijing pada 2007.

Haiwan terancam ini banyak ditemukan di alam liar terutamanya di wilayah Sichuan, barat daya, China. China mempunyai sejarah panjang meminjamkan panda kepada negara asing, satu amalan yang sering dirujuk sebagai "diplomasi panda."

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan