AM

Dua Pesawat TUDM Bawa Rakyat Palestin Yang Cedera Selamat Tiba Di Pengkalan TUDM Subang

16/08/2024 04:14 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pesawat pertama mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua mendarat beberapa minit kemudian.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir malam tadi.

Sebaik tiba, semua pesakit dibawa ke hospital medan yang didirikan di hangar pangkalan udara berkenaan bagi saringan kesihatan.

Terdahulu Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr memberitahu Bernama bahawa dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka telah berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur pada Khamis malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan