DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

16/08/2024 10:24 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat susulan prestasi lemah di pasaran minyak soya terutamanya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata jangkaan peningkatan pengeluaran MSM juga dilihat memberi tekanan kepada harga.

”Kami melihat paras sokongan pada RM3,600 dan paras rintangan pada RM3,800,” katanya kepada Bernama.

Sewaktu dagangan ditutup, kontrak bulan semerta September 2024 meningkat RM45 kepada RM3,872 setan metrik, manakala Oktober 2024 menyusut RM2 kepada RM3,752 setan metrik dan November 2024 menguncup RM15 kepada RM3,681 setan metrik.

Manakala kontrak Disember 2024 merosot RM19 kepada RM3,659 setan metrik, Januari 2025 turun RM23 kepada RM3,653 setan metrik dan kontrak bagi bulan yang baru disenaraikan Februari 2025 berada pada RM3,655 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 62,644 lot daripada 60,491 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 225,277 kontrak daripada 225,038 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal Ogos Selatan kekal tidak berubah pada RM3,920 setan metrik.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan