AM

Belia Perlu Berani Bersuara, Perjuangkan Isu Negara - PM Anwar

16/08/2024 11:16 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu belia berani bersuara dalam pelbagai isu negara seperti kemanusiaan, rasuah, jurang kemiskinan dan alam sekitar berdasarkan prinsip dan nilai yang kukuh.

Beliau berkata masyarakat memerlukan generasi baharu dengan idea dan prinsip penuh bertenaga serta percaya kepada kebebasan, keadilan dan kemanusiaan yang boleh membawa kepada perubahan.

“Belia mesti bersuara dan memperjuangkan masalah dan kebimbangan kita seperti isu-isu  kemanusiaan, penderitaan rakyat, kemusnahan alam sekitar serta rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa 2024 (iFUTURE 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan