DUNIA

Indonesia Sambut Hari Kemerdekaan Ke-79 Di Nusantara Dan Jakarta

17/08/2024 04:00 PM

JAKARTA, 17 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Indonesia menyambut Hari Kemerdekaan ke-79 pada Sabtu dengan majlis gilang-gemilang di ibu negara baharu, Nusantara,  menandakan kali pertama sambutan itu diadakan di sana.

Pada masa yang sama, majlis sambutan turut berlangsung di Istana Merdeka di Jakarta.

Majlis di Nusantara diketuai Presiden Joko Widodo, yang diiringi presiden dipilih, Prabowo Subianto.

Sementara itu, Naib Presiden Ma'ruf Amin mengetuai majlis di Jakarta, dengan naib presiden dipilih, Gibran Rakabuming Raka, di sisinya.

Bagi menjamin keselamatan ketika sambutan, Polis Nasional mengerahkan lebih 1,000 anggota, manakala Tentera Nasional Indonesia mengerahkan lebih daripada 2,000 anggotanya di Nusantara.

Seluruh negara dihiasi bendera merah-putih, dengan pelbagai pertandingan dan acara diadakan dalam beberapa hari menjelang sambutan itu.

Prabowo yang akan dilantik pada Oktober tahun ini, menegaskan komitmennya untuk meneruskan pembangunan Ibu Negara Nusantara di bawah kepemimpinannya.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan