POLITIK

PRK Nenggiri: 71.87 Peratus Mengundi Setakat 4 Petang

17/08/2024 05:01 PM

GUA MUSANG, 17 Ogos (Bernama) -- Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mencecah 71.87 peratus setakat 4 petang ini.

Angka itu melebihi jangkaan 60 peratus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malah lebih tinggi daripada yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri ke-15, Ogos tahun lepas, iaitu 61.09 peratus.

Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.

Pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai ditutup 2 petang tadi manakala pusat mengundi di Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat menamatkan operasi sejam kemudian. 

SPR sebelum ini menjangkakan keputusan penuh PRK itu diumumkan seawal 9 malam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang.

Proses pengundian melibatkan seramai 20,216 pengundi biasa daripada keseluruhan 20,259 pengundi berdaftar, manakala 43 kertas undi pos telah dikeluarkan sebelum ini untuk individu yang bertugas sepanjang PRK termasuk anggota polis.

PRK Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dengan wakil Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan