SUKAN

NSFC Ikat Kedah 2-2

18/08/2024 01:23 AM

ALOR SETAR, 17 Ogos ( Bernama) -- Penstrukturan semula barisan kejurulatihan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) tempoh hari meniupkan semangat baharu apabila berjaya mengikat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-2 padsa aksi Liga Super di Stadium Darul Aman hari ini.

Selepas tiga kekalahan berturut-turut, akhirnya skuad dibimbing oleh ketua kurulatih baharu K. Nanthakumar  kembali bangkit untuk membawa pulang satu mata selepas enam kekalahan dan satu kemenangan dalam lapan perlawanan setakat ini.

Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi tandukan Jacque Faye selepas menerima hantaran sepakan sudut Takumi Sasaki pada masa kecederaan.

Bersambung babak kedua perlawanan, Kedah beraksi lebih agresif dan bertenaga dengan beberapa percubaan akhirnya membuahkan hasil apabila Sony Norde merembat deras jaringan selepas menggelecek beberapa pemain pertahanan pada minit ke-52. 

Kedah kembali mendahului 2-1 apabila Jose Cleyton menanduk bola ke dalam gawang pada minit ke-61 namun NSFC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 apabila Faye sekali lagi berjaya menghidu peluang dengan jaringan kedua pelawat menjadikan kedudukan 2-2.

Keputusan itu menyaksikan KDA FC di tangga kelapan (lapan mata) manakala NSFC di tangga ke-12 (empat mata) carta liga.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan