EKONOMI

Unit Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM275.29 Juta Di Pulau Pinang

19/08/2024 02:41 PM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM275.29 juta daripada Persada Mentari Sdn Bhd.

Kerjaya Prospek dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu melibatkan pembangunan blok pangsapuri servis 50 tingkat di Pulau Pinang terdiri daripada 261 unit dengan tempat letak kereta dan tingkat kemudahan.

“Kontrak itu dijangka siap dalam tempoh 38 bulan dari tarikh permulaan,” katanya.

Dalam pada itu, kontrak berkenaan dijangka menghasilkan aliran pendapatan tambahan untuk kumpulan dalam tempoh empat tahun akan datang dan meningkatkan serta menambah baik nilai perolehan sedia ada Kejaya Prospek.

Persada Mentari adalah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd (E&O).

Pengerusi bukan eksekutif Kumpulan Kerjaya Prospek juga merupakan pengerusi eksekutif E&O, pemegang saham utama dan individu berkenaan mempunyai kepentingan dalam kedua-dua syarikat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan