DUNIA

"China Travel" Tular Berikutan Peningkatan Jumlah Pengembara Asing Ke China

20/08/2024 02:18 PM

BEIJING, 20 Ogos (Bernama-CMG) -- “China Travel” menjadi tular di laman sosial apabila hantaran sejumlah penulis blog asing ketika melancong di negara Tembok Besar itu mendapat lebih satu bilion tontonan.

Menurut statistik terkini Jabatan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) pada Isnin, jumlah pengembara asing yang memasuki China mencecah 17.25 juta orang pada tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 129.9 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, pintu-pintu masuk di seluruh China menyaksikan pergerakan rentas sempadan berjumlah 341 juta orang, naik 62.34 peratus, selain mengeluarkan sebanyak 846,000 visa yang melonjak 182.9 peratus.

Untuk memudahkan kemasukan pengembara asing, China telah memperkenalkan lebih 110 dasar dan langkah antaranya termasuk pengecualian visa, transit tanpa visa dan kelulusan visa di pintu masuk.

Peningkatan jumlah kemasukan pengembara asing turut merancakkan pasaran pelancongan tempatan, dan ia dijangka menjana penggunaan berjumlah lebih RMB100 bilion (RM61 bilion) pada tujuh bulan pertama tahun ini.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan