EKONOMI

Libat Urus Dengan Pihak Berkepentingan Menjelang Keputusan Caj Akses Grid - Fadillah

20/08/2024 02:46 PM

Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang diadakan hari ini sehingga esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Terdahulu, beliau berkata kerajaan akan terus mempercepat dan mempertingkat pelaksanaan mekanisme grid terbuka, memudahkan peningkatan akses kepada elektrik hijau untuk perniagaan melalui perjanjian pembelian korporat pihak ketiga.

“Kita secara strategiknya beralih daripada model pembeli tunggal bagi pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) untuk mengurangkan risiko sistem bekalan elektrik negara yang berkesan, mendorong penyertaan dan persaingan yang lebih besar dalam industri bekalan kuasa dan dalam kalangan pihak berkepentingan TBB,” katanya.

Fadillah menekankan bahawa peralihan ini akan merangsang pasaran yang berdaya saing kepada TBB yang membawa kepada pengurangan kos, meningkatkan keyakinan pelabur dan mempercepatkan penggunaan teknologi tenaga bersih.

“Pada masa sama, SEDA Malaysia akan menjalankan kajian kluster biotenaga untuk mendapatkan bekalan elektrik hijau daripada sumber bukan solar yang akan dibenarkan di bawah CRESS,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber TBB bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidro mini untuk mempelbagaikan sumber penjanaan kuasa negara di samping memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan sistem tenaga.

“Setakat ini, pada pandangan kita yang paling cepat dan berpatutan adalah tenaga solar, menerusi projek solar berskala besar (LSS) iaitu LSS1 hingga LSS5 yang dilaksanakan menerusi tender terbuka.

“Kita juga melihat kepada biogas, biojisim serta hidro mini yang akan turut dilaksanakan melalui tender terbuka,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan