AM

Kembara Merdeka JKR Kelantan Jelajah 10 Daerah

22/08/2024 11:56 AM

KOTA BHARU, 22 Ogos (Bernama) -- Konvoi Kembara Merdeka Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan akan menelusuri 10 daerah bermula hari ini, bagi menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

Pengarah JKR Kelantan Mohd Suhaili Ismail berkata konvoi yang disertai oleh kakitangan JKR Kelantan termasuk jurutera jajahan serta ketua bahagian itu membabitkan jarak sejauh 750 kilometer dan dijangka berakhir esok.

Mohd Suhaili berkata perjalanan akan bermula di JKR Kota Bharu dan kemudian diteruskan ke JKR Bachok, JKR Pasir Puteh, JKR Machang, JKR Kuala Krai, JKR Gua Musang, JKR Tanah Merah, JKR Jeli,  JKR Tumpat  dan JKR Pasir Mas.

“Konvoi ini disertai oleh kira-kira 75 motosikal, termasuk motosikal berkuasa tinggi dalam usaha JKR Kelantan untuk menguar-uarkan sambutan Hari Kebangsaan di samping melawat serta bersemuka dengan petugas di seluruh daerah.

“Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, konvoi ini dilihat mampu mendidik dan menerapkan nilai patriotisme bagi memupuk semangat sayangkan tanah air,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Kembara Merdeka JKR Kelantan di pekarangan JKR Kelantan di sini,  hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan