AM

Tanah Jerlus: Tiada Ahli Geologi Bernama Sarah Jamal Berkhidmat Di UM

26/08/2024 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan terdapat ahli geologi bernama Dr Sarah Jamal berkhidmat di universiti berkenaan. 

Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains Universiti Malaya Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Geologi UM berkata tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

“Kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu.

“Staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India yang melibatkan kehilangan nyawa, memandangkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) serta penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan selain punca kejadian masih tidak dipastikan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan satu artikel tular di media sosial yang kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari UM bernama Dr Sarah Jamal yang mendakwa terdapat "gua kosong yang amat besar" di bawah bandar raya Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan