DUNIA

Lelaki Tertua Di Dunia Rai Ulang Tahun Ke-112

27/08/2024 06:12 PM

WASHINGTON, 27 Ogos (Bernama-UPI) -- Lelaki tertua di dunia menyambut hari lahirnya yang ke-112 pada Isnin di rumah penjagaan, tempat beliau tinggal di England, lapor United Press International (UPI).

John Alfred Tinniswood dilahirkan pada 26 Ogos 1912, lebih empat bulan selepas tenggelamnya kapal Titanic dan enam bulan selepas Arizona menjadi negeri Amerika Syarikat (AS).

Tinniswood dinobatkan sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records awal tahun ini dan kini meraikan hari lahirnya yang ke-112 di rumah penjagaannya di Southport.

"Sejujurnya, ia tidak menjejaskan saya dalam apa jua cara," kata Tinniswood kepada Guinness World Records mengenai penganugerahan gelaran itu.

"Secara peribadi, ia tidak bermakna apa-apa."

"Sejujurnya, tiada perbezaan. Saya tidak merasakan usia itu, saya tidak teruja mengenainya. Mungkin sebab saya telah mencapainya. Saya hanya menganggapnya seperti perkara lain," katanya.

Tinniswood berkata beliau tidak tahu rahsia di sebalik umurnya yang panjang.

"Saya tidak dapat fikirkan apa-apa rahsia istimewa yang saya ada. Saya agak aktif semasa muda. Saya banyak berjalan. Tetapi bagi saya, saya tidak berbeza. Sama sekali tidak berbeza," katanya.

-- BERNAMA-UPI

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan