EKONOMI

Bashir Ahmad Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Aviation Group Berkuat Kuasa 12 Ogos

27/08/2024 09:28 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Tan Sri Bashir Ahmad dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) berkuat kuasa 12 Ogos.

Menurut kemas kini Lembaga Pengarah MAG di laman webnya, Bashir telah berkhidmat dengan Malaysia Airlines selama 29 tahun, bermula sebagai pelatih pengurusan pada 1972 dan bertugas di pelbagai bahagian dalam syarikat penerbangan itu sebelum dilantik naib presiden eksekutif.

Pada masa ini, Bashir ialah Pengerusi Bukan Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd sejak April 2023. Beliau juga merupakan penasihat kepada kumpulan GMR Airport sejak 2018.

Menurut laporan berita dalam talian, Bashir juga akan menyertai Lembaga Pengarah Malaysia Airlines.

Pelantikannya menandakan penambahan ahli kelapan dalam Lembaga Pengarah MAG, yang kini terdiri daripada Pengerusi Bukan Eksekutif Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Captain Izham Ismail dan lima pengarah bukan eksekutif iaitu Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Cheryl Goh Ching Ling, Wong Shu Hsien, Datuk Zaiviji Ismail Abdullah dan Faridah Bakar Ali.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan