BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 
 AM

Tanah Mendap Di Kampung Attap Gambar Lama - DBKL

29/08/2024 05:01 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Gambar kes tanah mendap di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap yang tular hari ini merupakan gambar lama, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini. 

“Dimaklumkan bahawa gambar itu merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan terbabit telah dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak sahih kerana ianya boleh menimbulkan kegelisahan awam,” DBKL memaklumkan dalam kenyataan itu. 

Terdahulu, tular satu hantaran di laman media sosial Facebook ‘Motoqar’ yang memaparkan sekeping gambar jalan mendap dengan kehadiran beberapa anggota dipercayai daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur. 

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan turut memaklumkan sememangnya ada berlaku kes tanah mendap di Kampung Attap dua hari lepas.

“Tanah mendap ada berlaku dua hari lepas di Kampung Attap tapi tidak dilaporkan kepada bomba,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan