BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Bayi Baru Lahir Ditemukan Di Surau

29/08/2024 05:14 PM

NILAI, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung penemuan bayi terbabit kira-kira 8.14 malam.

"Siasatan awal mendapati seorang individu tidak dikenal pasti telah meletakkan bayi lelaki itu di atas sofa surau berkenaan pada waktu maghrib dan beredar dari surau dengan menaiki kenderaan. 

"Bayi dianggarkan baru lahir dalam tiga hari itu dalam keadaan baik, tiada kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan