AM

Tawaran Istimewa Sempena Sambutan Kemerdekaan Pada Bazar Merdeka Habib

29/08/2024 06:56 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Jenama barang kemas tempatan, HABIB menyediakan tawaran istimewa dan koleksi menarik buat pelanggan pada Bazar Merdeka HABIB bermula 30 Ogos hingga 1 Sept ini sempena sambutan kemerdekaan negara. 

HABIB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelanggan antaranya berpeluang mendapatkan harga istimewa RM238 untuk loket emas 999 daripada koleksi Mekar, khas buat 50 pelanggan terawal sementara stok masih ada selain potongan harga hingga RM50 segram untuk barang kemas emas 916 terpilih.

“Selain itu, diskaun hingga 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih, percuma  jam tangan Ice Smart 2.0 untuk pembelian barang kemas bernilai RM10,000 ke atas dalam satu resit.

“Pelanggan juga berpeluang mendapatkan hadiah istimewa bagi pembelian barang kemas bernilai RM5,000 ke atas dalam satu resit,” menurut kenyataan itu. 

Sempena Bazar Merdeka HABIB, khemah khas dan juadah turut disediakan bagi pelanggan di bilik pameran HABIB Ampang Point dan HABIB II @ Ampang Point serta waktu pengoperasian dilanjutkan hingga 10 malam pada Sabtu (31 Ogos). 

Tahun ini, HABIB turut mengetengahkan keindahan dan keunikan mercu tanda serta budaya menerusi rekaan Koleksi Wafer Emas 999.9 Edisi Tanah Airku dan ‘window display’ di bilik pameran HABIB seluruh negara. 

Selain itu, muzium barang kemas warisan dan galeri seni HABIB yang dikenali sebagai HARTA, terletak di atas HABIB II @ Ampang Point menampilkan pameran baharu bertemakan kemerdekaan sebagai dedikasi HABIB memartabatkan warisan budaya sekali gus memberi peluang kepada pengunjung menghayati sejarah kemerdekaan negara.

Pameran ‘Kenangan dan Pesan’ yang diolah penggemar seni Pakhruddin Sulaiman, mengangkat dua tema iaitu Kenangan - pendedahan mengenai idea dan nilai kepada masyarakat dan Pesan - yang mengingatkan kita tentang sesuatu yang lebih baik yang harus diperjuangkan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial), Facebook dan LinkedIn (@HABIB) untuk maklumat terkini.

-- BERNAMA 

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan