DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

03/09/2024 09:25 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah dalam persekitaran sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan yang rendah untuk komoditi itu mengimbangi sentimen positif yang didorong oleh kadar pengeluaran yang lebih perlahan.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,850 satu tan dan paras rintangan pada RM4,000 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 turun RM12 kepada RM4,020 satu tan, Oktober 2024 susut RM5 kepada RM3,965 satu tan dan November 2024 merosot RM2 kepada RM3,931 satu tan.

Kontrak Disember 2024 turun RM1 kepada RM3,900 satu tan manakala Januari 2025 naik RM1 kepada RM3,882 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 72,810 lot daripada 47,966 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 228,237 kontrak daripada 226,900 kontrak sebelum itu.

Harga fizikal MSM bagi September Selatan berada pada RM4,050 satu tan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan