DUNIA

Malaysia Tidak Boleh Dipaksa Untuk Berpihak, Di Tengah-tengah Ketegangan AS-China - Perdana Menteri

07/09/2024 02:14 AM

VLADIVOSTOK, (Rusia),  6 Sept (Bernama-Sputnik) -- Malaysia bimbang dengan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China tetapi ia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

“Ya, terdapat kebimbangan kerana peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China tetapi kami tidak boleh dipaksa untuk berpihak. Kami merupakan rakan penting dalam perdagangan dan pelaburan dengan Amerika Syarikat, secara kumulatif masih nombor satu. Tetapi China adalah pemain penting. Maka kami melakukan lebih banyak libat urus dari sebelum ini dalam semua bidang secara komprehensif, kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia,  sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi  penerangan berkenaan EEF 2024.  

--BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan