DUNIA

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

18/09/2024 10:45 AM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street kerana kebanyakan peniaga kekal memilih untuk berada di luar pasaran kerana jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.

Pada 9.13 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.84 mata kepada 1,660.44 daripada 1,664.33 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras berkenaan dibuka tinggi 0.05 mata kepada 1,664.33.

 Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 232 berbanding 104 manakala 256 kaunter lain tidak berubah, 1,913 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 215.23 juta unit bernilai RM159.22 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata ia menjangkakan sektor penjagaan kesihatan akan kekal fokus hari ini dengan tarif AS yang lebih tinggi memberi manfaat kepada pengeluar sarung tangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan menemui kes pertama cacar monyet (Mpox), ia boleh meningkatkan dagangan dalam saham sarung tangan dan saham berkaitan penjagaan kesihatan hospital.

"Memandangkan ringgit yang kukuh, kami menyarankan sektor seperti pengguna, utiliti, kewangan dan automotif.

“Selain itu, kami percaya projek pusat data yang sedang berjalan akan memberi manfaat kepada sektor pembinaan manakala Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dijangka memberi rangsangan kepada sektor hartanah,” katanya.

Maybank dan Genting Malaysia mendahului kaunter wajaran tinggi, masing-masing naik dua sen kepada RM10.68 dan RM2.38.

Sementara itu, Telekom Malaysia naik tiga sen kepada RM6.72, CIMB dan Genting Bhd menokok satu sen masing-masing kepada RM8.37 dan RM4.16 manakala Maxis dan MISC tidak berubah, masing-masing pada RM3.89 dan RM8.11.

Bagi saham aktif Revenue Group naik satu sen kepada 17 sen dan Vetece meningkat 0.5 sen kepada 42.5 sen manakala Top Glove turun lima sen kepada RM1.09, Kossan merosot 12 sen kepada RM2.13 sementara Supermax, Hartalega dan Careplus masing-masing jatuh satu sen kepada 92 sen, RM3.13 dan 29.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 37.15 mata kepada 12,384.72, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 57.54 mata kepada 12,216.4, Indeks FBMT 100 susut 37.56 mata kepada 12,099.93, Indeks FBM 70 rendah 90.09 mata kepada 17,489.72 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 7.65 mata kepada 5,094.66.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 8.39 mata kepada 19,649.34, Indeks Perladangan merosot 35.38 mata kepada 7,178.09, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.26 mata kepada 176.65 mankala Indeks Tenaga merosot 1.02 mata kepada 868.7.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan