JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Cari Pemandu Kereta Langgar Lari Penunggang Motosikal

01/10/2024 09:11 PM

BALIK PULAU, 1 Okt (Bernama) -- Polis sedang mengesan pemandu kereta terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di lampu isyarat berdekatan sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini, hingga menyebabkan penunggang motosikal itu cedera. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 53 saat memaparkan kemalangan itu menerusi media sosial pada 1.30 tengah hari tadi.

“Pihak polis turut menerima satu laporan berkaitan kemalangan itu pada 2.23 pagi tadi daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang merupakan penunggang motosikal dalam insiden tersebut.

"Mangsa cedera pada bahagian muka, gigi, belakang badan dan bahu akibat kemalangan langgar lari itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau sehubungan itu meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Rohayu Mohamad Rodzi menerusi talian 019-344 1817 untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan