JENAYAH & MAHKAMAH

Kilang Perabot Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran

05/10/2024 12:19 AM

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Sebuah kilang perabot dua tingkat di Petaling Jaya musnah dalam kebakaran yang berlaku malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan premis yang berkeluasan 2,000 kaki persegi itu 90 peratus musnah selepas kebakaran berjaya dikawal. 

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terlibat ialah BBP Petaling Jaya dibantu oleh BBP Damansara, BBP Penchala, BBP Puchong, BBP Subang Jaya dan BBP Serdang,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 44 anggota dan 14 jentera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 10.46 malam dan kebakaran terkawal pada 11.30 malam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan