AM

Banjir: Jumlah Mangsa Di Selangor, Perak Meningkat

05/10/2024 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.

Di SELANGOR, sebanyak 975 orang daripada 232 keluarga berlindung di enam PPS berbanding 960 orang petang tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mereka adalah penduduk di Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

Di PERAK, sebanyak 136 orang ditempatkan di empat PPS di Taiping dan Kerian malam ini berbanding 121 orang petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS terbaharu dibuka ialah Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai yang menempatkan 28 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Air Itam 2 Kiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula memaklumkan pada malam ini semua daerah di Perak diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan