DUNIA

Xinjiang Destinasi Popular Bagi Pengembara Asing

08/10/2024 03:24 PM

BEIJING, 8 Okt (Bernama-CMG) -- Wilayah Xinjiang, China semakin menarik perhatian pengembara asing, dengan seramai 48,000 pelancong keluar masuk wilayah itu semasa cuti Hari Kebangsaan China dari 1 hingga 7 Oktober, mencatat peningkatan 76.95 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Stesen Pemeriksaan Pintu Keluar Masuk Xinjiang pada Isnin.

Antaranya, jumlah pelancong yang keluar masuk melalui pintu masuk Urumqi dan Horgos mencatatkan peningkatan besar.

Di samping itu, sebanyak 17,400 kenderaan melintasi sempadan Xinjiang, mewakili peningkatan 62 peratus dari tahun ke tahun, menunjukkan semakin ramainya pelancong dan kenderaan yang keluar masuk ke wilayah itu.

Xinjiang kini menjadi destinasi pilihan bagi pelancong asing, berikutan pelaksanaan dasar pengecualian visa oleh kerajaan China dan prosedur kelulusan yang mudah di pintu masuk.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan