DUNIA

Taufan Milton Hampiri Pantai Barat Florida

08/10/2024 02:29 PM

WASHINGTON, 8 Okt (Bernama-dpa) -- Taufan Milton kini menghampiri pantai barat Florida selepas kawasan itu dilanda Taufan Helene baru-baru ini.

Taufan Milton dengan kelajuan sehingga 285 kilometer sejam (km/j) dijangka mendarat di Florida pada Rabu, dengan ramalan menjangkakan taufan itu akan berkurang sehingga 209 km/j.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Taufan Milton berpotensi mengancam nyawa dan menjejaskan banyak kawasan termasuk Bandar Naples, Fort Meyers dan Tampa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa akan ditutup pada Selasa 9 pagi (1300 GMT) dan dibuka semula hanya apabila keadaan kembali pulih.

Di Orlando, lapangan terbang akan ditutup pada Rabu sekitar 8 pagi dan akan beroperasi semula "secepat mungkin," menurut laman sesawang itu.

Presiden Joe Biden mengisytiharkan darurat di Florida, yang akan membolehkan pelepasan dana persekutuan bagi membantu kawasan terjejas. Rumah Putih juga mengumumkan sokongan penuh kepada Florida.

Menurut laporan media tempatan, Milton merupakan antara taufan terkuat dalam sejarah musim taufan Atlantik.

-- BERNAMA-dpa

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan