SUKAN

Malaysia Super 100: Masuk Percuma, Masa Untuk Sokong Pemain Pelapis - BAM

08/10/2024 02:37 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap kemasukan percuma ke Malaysia Super 100 2024 minggu depan akan merangsang pencinta sukan badminton untuk memenuhi Stadium Juara, Bukit Kiara dan memberikan sokongan padu kepada pemain pelapis negara.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata kejohanan ini penting buat pemain pelapis membuktikan kebolehan mereka dan mengumpul mata sebanyak mungkin untuk memperbaiki ranking dunia.

“Ini kali kedua kami anjur kejohanan sebegini dan persiapan memang mengikut masa. Kita telah buat keputusan untuk tidak menjual tiket dan masuk adalah percuma untuk galakkan seberapa ramai penyokong hadir menyaksikan pemain kita,” katanya menerusi audio yang dikongsi BAM kepada media hari ini.

Beliau berkata antara pemain pelapis yang akan bersaing dalam kejohanan ini ialah dua pemain perseorangan lelaki Justin Hoh dan Eogene Ewe serta dua pemain perseorangan wanita K. Letshanaa dan Wong Ling Ching.

Sementara itu, Kenny berkata sambutan daripada pemain antarabangsa yang lain amat memberangsangkan setakat ini kerana kira-kira 340 pemain dari 20 negara akan bertanding termasuk bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia dari India Kidambi Srikanth.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan