AM

Johari Ketuai Delegasi Parlimen Malaysia Ke 13th ASEAN-AIPA Leaders' Interface Di Vientiane

08/10/2024 03:51 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke mesyuarat the 13th ASEAN-AIPA Leaders’ Interface di Vientiane, Laos yang akan berlangsung mulai esok hingga Khamis ini.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat menerusi kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat itu merupakan platform signifikan untuk memperkukuh hubungan antara cabang eksekutif dan legislatif ASEAN melalui pertukaran pandangan, perbincangan isu-isu serantau, serta memperkukuh kerjasama antara negara anggota ASEAN.

Menurut kenyataan itu, semasa di Laos, Johari dijadualkan mengadakan pertemuan rasmi dengan Pengerusi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN merangkap President of the National Assembly of Lao People's Democratic Republic Xaysomphone Phomvihane.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah bagi membincangkan pelbagai isu yang melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Laos serta usaha memperkukuh kerjasama antara Parlimen kedua-dua negara.

“Perkara utama yang (akan) dibincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya pengukuhan kerjasama dalam bidang perundangan dan penggubalan dasar untuk mempererat hubungan diplomatik kedua-dua negara.

“Pertukaran pandangan mengenai inisiatif pembangunan mampan di rantau ASEAN, dengan penekanan kepada kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan teknologi hijau serta memperkukuh peranan Parlimen dalam menangani isu-isu serantau seperti perubahan iklim, keselamatan makanan dan pembangunan ekonomi inklusif juga akan dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pada peringkat eksekutif, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijangka membangkitkan isu-isu berkaitan kestabilan serantau dan kerjasama ekonomi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Vientiane bermula esok hingga Jumaat ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan