AM

MTHQA: Peserta Malaysia Antara 10 Perdengarkan Hafazan Pada Hari Keempat

08/10/2024 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Peserta hafazan Malaysia Muhammad Rifaei Mat Zuki adalah antara 10 peserta yang memperdengarkan hafazan mereka pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA), yang masuk hari keempat.

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam hantaran Facebook memaklumkan sembilan peserta hafazan lain yang memperdengarkan hafazan mereka pada majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia di sini ialah Ibrahim Hassan Ibrahim dari Portugal, Ibrahim Sow (Ivory Coast), Nouhum Hanna (Togo), Mohammad Mirshad Zubair (Emiriah Arab Bersatu) dan Yasser Alahmad Mohamad (Syria).

Turut memperdengarkan hafazan ialah Hannatu Marafi Aliyu dari Nigeria, Habsatou Hamissou Boubacar (Niger), Mohamed Maolin Sulitan (Ethiopia) dan Moussa Abbas Hassan (Chad).

Sementara itu, bagi kategori tilawah yang bermula 8.45 malam, seramai lapan peserta akan mengambil bahagian iaitu Motaz Hefzi Yasin Abusnaina dari Palestin, Pg. Muhamad Amirul Aiman Pg Marzuki (Brunei) dan Nejla Cajlakovic Efendic (Bosnia dan Herzegovina).

Selain itu, Ahamed Suhail Mohomed Muhuseen dari Sri Lanka, Ally Mohamed Saleh (Tanzania), Mohammed Zubair Barday (Afrika Selatan), Torniyas El (Kemboja) dan Chantavilay Souphanvong (Laos) akan turut memperdengarkan bacaan masing-masing.

Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’, MTHQA ke-64 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu lepas disertai 92 peserta dari 71 negara yang terdiri daripada 53 peserta tilawah dan 39 hafazan.

Pengurniaan hadiah kepada johan tilawah dan johan hafazan al-Quran dijadual akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 12 Okt.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan