AM

Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Tali Air Kampung Pangkal Kalong

09/10/2024 09:38 PM

KOTA BHARU, 9 Okt (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di tali air dekat Kampung Pangkal Kalong, Ketereh di sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh Hamdam Mamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.09 petang, sebelum bergegas ke lokasi bersama 15 anggota serta enam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dan Machang.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati memang benar berlaku kes lemas melibatkan seorang remaja berusia 13 tahun.

“Anggota kini masih menjalankan operasi mencari secara selaman oleh PPDA di kawasan mangsa dipercayai terjatuh, serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat di pesisir dan permukaan air,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata sekiranya mangsa tidak berjaya ditemukan malam ini, pihaknya akan menyambung usaha mencari mangsa pada hari esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan