BERITA TERGEMPAR   Flood preparation: 459 PPS identified in Kelantan, capable of accommodating more than 100,000 victims - MB | 
 POLITIK

Ramasamy Umum Barisan Kepimpinan Baharu MIC Perak

10/10/2024 10:37 AM

IPOH, 10 Okt (Bernama) -- Barisan kepimpinan baharu MIC Perak dilihat mampu mencetus perubahan mampan dari segi politik serta pembangunan masyarakat, kata Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy.

Ramasamy berkata kesemua ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan pemimpin akar umbi parti yang peka akan nadi dan naluri masyarakat. 

“Pelantikan ini dibuat setelah berbincang dan mendapat mandat daripada Presiden MIC Tan Sri Dr SA Vigneswaran.

“Mereka berkecimpung dalam arena politik dengan ciri-ciri kepimpinan serta komited membawa perubahan positif terhadap hala tuju dan masa hadapan masyarakat India di Perak," katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, Ramasamy yang dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak bagi menggantikan Datuk V. Elango bagi penggal 2024-2027 pada Ogos lepas, mengumumkan barisan Ahli Jawatankuasa MIC Perak bagi penggal sama dalam satu majlis di sini semalam.

Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa MIC Perak bagi sesi 2024-2027:

Pengerusi: Tan Sri M. Ramasamy

Timbalan Pengerusi: M. Veeran (Taiping)

Setiausaha: G. Shanmugiavalloo (Bukit Gantang)

Penolong Setiausaha: P. Sukumaren (Ipoh Timur)

Bendahari: S. Jayaganesh (Tambun)

Pegawai Penerangan: R. Magendran (Gopeng)

Setiausaha Penyelaras: R . Jayagopalan (Bagan Serai)

Pegawai Strategi: S. Mokan (Batu Gajah)

Setiausaha Eksekutif: S. Chitra Devi (Ipoh Barat)

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan