JENAYAH & MAHKAMAH

Penyeludupan: Lebih 700 Individu Ditahan Dalam Tempoh Sembilan Bulan Di Kelantan

11/10/2024 12:11 AM

TUMPAT, 10 Okt (Bernama) -- Seramai 718 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyeludupan di Kelantan dalam tempoh Jan hingga Sept lepas, kata kata Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga pelbagai barangan seludup bernilai RM61.4 juta dirampas pihak berkuasa.

“..faktor ekonomi dan kesempitan hidup menyebabkan ada individu tetap melakukan kegiatan penyeludupan walaupun sudah beberapa kali ditahan. Ada individu sama pernah ditahan empat kali dalam tempoh setahun.

“Kita percaya ada keluarga tertentu yang menjalankan kegiatan bersama walaupun tahu ia menyalahi undang-undang,” katanya kepada pemberita di Kawasan Tanggung Jawab Op Taring Wawasan Kelantan di Kompeni D, Batalion 8 Pengkalan Kubor di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan