EKONOMI

HOME Terapi Matematik Sasar Buka 500 Cawangan Tahun Depan

13/10/2024 03:31 PM

IPOH, 13 Okt (Bernama) -- House of Mind Excellence (HOME) Terapi Matematik menyasar untuk membuka 500 cawangan di seluruh negara dan di Indonesia pada tahun depan.

Pengarah HOME, Muhamad Tajudin Mustafa berkata sasaran itu mampu dicapai dengan perkembangan jenama tersebut yang setakat tahun ini telahpun mempunyai 160 cawangan, yang mana merupakan suatu di luar jangkaan.

“Setakat hari ini seramai 113 usahawan francaisi telah berjaya dilahirkan, dengan hampir 1,500 tutor terlatih dan lebih 10,000 orang pelajar yang berdaftar di seluruh cawangan

"Di peringkat antarabangsa, kami secara aktif menyokong inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)  menerusi penyertaan beberapa misi perdagangan dan sedang meneroka pasaran baharu di seluruh Indonesia menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Anugerah Kecemerlangan HOME 2024 (HEA2024) di sini, hari ini, yang disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor KUSKOP, Chek Zainuddin Chek Jusoh.

Muhamad Tajudin berkata HOME bukan sekadar jenama tetapi merupakan platform berperanan membantu anak-anak melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan, mudah difahami serta disokong oleh sinergi pendekatan terapi dan psikologi.

Beliau berkata pendekatan tersebut memberikan manfaat besar kepada kanak-kanak khususnya dalam membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan seterusnya membantu perkembangan minda anak-anak.

HOME adalah jenama di bawah QC Group Sdn Bhd, Pusat Perkembangan Minda berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan program pendidikan untuk anak-anak berusia dari 4 hingga 19 tahun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan