JENAYAH & MAHKAMAH

Cerun Runtuh, Jalan Tengkolok Di Cameron Highlands Ditutup

13/10/2024 06:45 PM

KUANTAN, 13 Okt (Bernama) -- Laluan Jalan Tengkolok, Seksyen 0.40, di lokasi 50 meter sebelum simpang Perumahan Makmur Cameron Jaya (PRIMA) Tanah Rata, Cameron Highlands ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini ekoran kejadian cerun runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands dalam kenyataan memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak dan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan sedang giat dijalankan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan. Segala kesulitan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak JKR Cameron Highlands menerusi talian 05-4911 105,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan