DUNIA

ICRC Seru Salur Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

15/10/2024 09:41 PM

RAMALLAH, 15 Okt (Bernama-WAFA) -- Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyeru agar bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan perubatan disalurkan ke utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

ICRC dalam kenyataan media pada Selasa memaklumkan hospital-hospital yang sudah menanggung beban berat kini bergelut untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat, sambil menekankan keperluan untuk menghormati dan melindungi kemudahan perubatan.

Lebih 400,000 orang masih terperangkap di utara Gaza untuk hari ke-10 ketika tentera pendudukan Israel meneruskan pencerobohan darat ke atas kem Jabalia dan Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza.

ICRC menekankan keperluan untuk menyediakan perlindungan kepada orang awam berikutan arahan pemindahan di utara Gaza.

"Ramai yang tidak boleh melarikan diri, sebahagian daripada mereka sakit atau kurang upaya, tetapi mereka ini tetap dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, dan semua langkah perlu diambil untuk memastikan mereka tidak dicederakan," kata ICRC.

Jawatankuasa itu menegaskan bahawa hak setiap orang yang kehilangan tempat tinggal untuk pulang ke rumah mereka dengan selamat adalah hak yang dijamin.

-- BERNAMA-WAFA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan