AM

SHMMP Deepavali Diumumkan Dalam Masa Terdekat - Armizan

16/10/2024 12:59 PM

SERDANG, 16 Okt (Bernama) -- Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti barangan yang sesuai dengan pihak industri untuk dimasukkan ke dalam senarai SHMMP Deepavali.

“Tidak lama lagi saya akan umumkan. Sekarang dalam proses libat urus dengan pihak industri untuk melihat dan mengenal pasti apa barang yang sesuai dimasukkan dalam senarai harga kawalan pada masa Deepavali,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Agroinvest 2024 Sempena Hari Inovasi MARDI di sini hari ini.

SHMMP mula dilaksanakan pada 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, yang menyaksikan beberapa jenis barang keperluan dikenal pasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. 

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara pada 31 Okt ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan