JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar Tahfiz Maut Terkena Renjatan Elektrik

16/10/2024 01:05 PM

JERTIH, 16 Okt (Bernama) -- Seorang pelajar tahfiz maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memegang mentol lampu di kantin asrama madrasahnya, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian pada 10.27 malam itu, Muhammad Fahim Rasyidi Shariful Hadi, 18, yang merupakan pelajar Madrasah Tahfiz Al Quranil Hakim, Kampung Gong Penaga, Jabi di sini, membasuh tangan di singki kantin asrama selepas selesai minum malam. 

“Ketika berada dekat singki itu mangsa memegang mentol lampu elektrik yang sedang menyala yang berada berhampiran singki dan tiba-tiba mangsa terkena renjatan elektrik lalu rebah di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku kerana tangan mangsa dalam keadaan basah ketika memegang mentol lampu tersebut dan cuaca pula hujan lebat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Abdul Rozak berkata mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut oleh guru di madrasah tersebut.

Bagaimanapun katanya mangsa yang berasal dari Klang, Selangor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada 11.35 malam tadi.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan