AM

MAINJ Sumbang RM500,000 Kepada Negeri Terjejas Banjir

02/12/2024 03:23 PM

JOHOR BAHRU, 2 Dis (Bernama) -- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyalurkan sumbangan wang tunai kepada beberapa negeri terjejas banjir sebagai tanda keprihatinan sesama ummah. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sejumlah RM500,000 diperuntukkan bagi tujuan itu dan akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri terlibat.

"MAINJ mendoakan keselamatan kepada semua penduduk dan berharap agar kejadian banjir segera pulih. 

"Semoga Allah memberkati usaha kita dalam meringankan beban pihak yang memerlukan bantuan," katanya dalam hantaran Facebook hari ini. 

Setakat 8 pagi tadi, sebanyak 138,052 mangsa banjir direkodkan di sembilan negeri dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi sebanyak 85,778 orang. 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan