AM

Melaka Cadang Bangunkan Aplikasi Smart Heritage Tourism

31/12/2024 11:26 AM

MELAKA, 31 Dis (Bernama) -- Kerajaan Melaka bercadang membangunkan aplikasi Smart Heritage Tourism yang mengandungi informasi dan tawaran menarik bagi sektor pelancongan negeri itu.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata ia akan dilengkapi dengan inisiatif adaptasi kecerdasan buatan (AI) dalam pelancongan bagi menambah nilai pengalaman pelancong di lokasi-lokasi pelancongan.

“Adaptasi AI juga akan melibatkan fungsi ChatBot secara teks dan suara untuk memudahkan pelancong mendapatkan maklumat selain turut dilengkapi kemudahan pelancongan secara interaktif melalui elemen realiti maya (VR) atau realiti terimbuh (AR),” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) sama ada kerajaan negeri bercadang mewujudkan aplikasi khas pelancongan, seperti Melaka Super App yang sedang dibangunkan.

Abdul Razak berkata aplikasi berkenaan juga akan dijadikan sebagai satu komponen dan diintegrasikan dalam Melaka Super App.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan