AM

Perjanjian JS-SEZ Dijangka Dimeterai Isnin Ini - MB Johor

04/01/2025 05:18 PM

KLUANG, 4 Jan (Bernama) -- Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata perjanjian itu akan memberi impak besar kepada ekonomi Johor, termasuk Industri halal dan pelancongan, dan pada masa yang sama dapat mengubah landskap ekonomi negara.

Menteri Besar Johor itu berkata JS SEZ akan memberikan peluang ekonomi yang cerah, sekali gus memudahkan penduduk Johor dan Singapura berulang-alik setiap hari. 

“Yang untungnya bukan orang Johor Bahru sahaja, yang untungnya satu Johor, malah satu Malaysia juga akan menerima manfaat yang pelbagai…ekonomi, pelancongan dan sebagainya, tapi persoalannya yang penting ialah adakah kita bangsa Johor bersedia dengan peluang yang bakal merubah ekonomi negara.

“Ini kerana kalau kita tak bersedia, orang lain yang akan ambil kesempatan,” katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Usahawan di hadapan Tapak Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Sebelum ini Anwar memaklumkan perjanjian mengenai JS-SEZ yang sepatutnya dimeterai bersama kerajaan Singapura pada 9 Dis lepas telah ditangguhkan selepas Perdana Menteri Singapura dijangkiti COVID-19.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan