AM

Johari Mulakan Lawatan Rasmi Ke Thailand, Perkukuh Kerjasama Parlimen Dua Negara

16/01/2025 02:49 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara. 

Parlimen Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa Johari telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Perhimpunan Kebangsaan dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand Wan Muhamad Noor Matha, bagi membincangkan pelbagai isu strategik rantau ASEAN. 

“Semasa pertemuan tersebut, Yang Dipertua Dewan Rakyat turut berkongsi persiapan Parlimen Malaysia untuk mempengerusi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada September ini,” menurut kenyataan itu.

 Beliau turut menjemput Wan Muhammad Noor serta Senator Thailand untuk menyertai AIPA yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur. 

Selain Wan Muhammad Noor, Johari yang juga Presiden AIPA ke-46 turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Thailand Mongkol Surajja, bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara institusi legislatif ASEAN serta mempererat hubungan dua hala antara institusi legislatif Thailand dan Malaysia. 

Parlimen Malaysia komited untuk terus memacu pembangunan mampan dan membawa ASEAN ke arah masa depan yang lebih progresif dan inklusif, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan