BEIJING, 19 Ogos (Bernama-CMG) -- China menambah 117 laluan baharu pengangkutan kargo udara antarabangsa pada separuh pertama 2025, peningkatan lebih 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam tempoh itu, jumlah kargo dan pos antarabangsa melonjak 23.4 peratus kepada 2.037 juta tan, didorong oleh pertumbuhan pesat pelbagai industri, khususnya e-dagang rentas sempadan.
Menurut laporan, logistik penerbangan China yang semakin tertumpu kepada laluan antarabangsa terus menunjukkan trend peningkatan kukuh.
Sehingga akhir Jun, 17 syarikat domestik dengan 249 pesawat kargo menguasai 44 peratus syer pasaran pengangkutan kargo antarabangsa, meningkat empat peratus berbanding tahun sebelumnya.
Selain itu, sebanyak 14 syarikat China tersenarai dalam ranking 50 agensi terbaik dunia dalam bidang pengangkutan kargo udara edisi tahun ini, bertambah empat syarikat berbanding 2024.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial