AM

Pusat Islam Baharu Jadi Mercu Tanda Bandar Ketengah Jaya

19/08/2025 09:37 PM

Menurut PPPNT, kewujudan pusat berkenaan dilihat mampu merealisasikan hasrat Ketengah untuk membina masyarakat dan generasi yang cemerlang selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

"Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya menawarkan kemudahan pembelajaran guna sama, ruang solat dengan kapasiti 500 orang, bilik pengurusan jenazah, dewan terbuka dan bangunan inap desa.

"Kewujudannya dapat dimanfaatkan untuk penganjuran program keagamaan, pendidikan, latihan serta menjadi pusat dakwah setempat," menurut kenyataan itu.

PPPNT memaklumkan kelulusan pembinaan Pusat Islam Bandar Ketengah Jaya juga menggambarkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap lapisan masyarakat menerima manfaat daripada dana kerajaan yang juga hasil kemajuan negara.

"Pelbagai dana dan inisiatif bagi meningkatkan pendapatan serta pemerkasaan ekonomi rakyat juga telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI seperti Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI), Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM)," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan