KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Easter kepada seluruh penganut Kristian.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perayaan Easter membawa makna kebangkitan yang menjadi seruan untuk memperbaharui jiwa dan nurani.
“Justeru, dalam mendepani pelbagai tantangan semasa, perayaan suci penganut Kristian ini mengingatkan bahawa nilai kemanusiaan tidak harus terhakis dengan perbezaan.
“Malah, nilai kemanusiaan mesti terus dipupuk sebagai asas peradaban yakni dengan menyantuni, merangkul dan memanusiakan antara satu dengan yang lain,” kata beliau.
Perdana Menteri turut berharap perayaan itu menjadi wahana yang menyemarak harapan, memperhalus budi, menyebar kasih sayang dan memperkukuh iltizam serta tekad dalam membina masyarakat yang kuat ihsannya, teguh jati dirinya, adil dan berjiwa besar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial