JENAYAH & MAHKAMAH

Warga Emas Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Belukar Di Pengkalan Batu

06/04/2026 09:00 PM

MELAKA, 6 April (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam belukar di Pengkalan Batu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 78 tahun itu ditemukan ahli keluarga terbaring dalam belukar tidak jauh dari motosikalnya pada kira-kira 1.40 tengah hari tadi.

Beliau berkata saksi kejadian memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis serta hospital.

"Menantu perempuan mangsa memaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah di Rumah Awam Fasa Dua, Pulau Gadong, Klebang Besar selepas keluar dari rumah sejak semalam dengan menaiki motosikal.

"Keluarga mangsa cuba mencari mangsa sebelum mayatnya ditemukan seorang daripada ahli keluarga dalam belukar di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata anak lelaki mangsa memaklumkan bapanya itu sebelum ini sering ke kawasan belukar berkenaan, namun semalam mangsa memberitahu hendak ke Jasin dan tidak pulang ke rumah hingga hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan fizikal ke atas mayat mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan