EKONOMI

Bursa Securities Tangguh Penyahsenaraian Pinehill Pacific Kepada 30 April

09/04/2026 08:48 PM

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pinehill Pacific Bhd menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk menangguhkan penyahsenaraiannya kepada 30 April, 2026 sekali gus membolehkan syarikat itu menyelesaikan skim pengurangan modal terpilih dan pembayaran balik (SCR).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pegangan pelaburan itu berkata kelulusan berkenaan disampaikan dalam surat bertarikh 9 April, 2026 susulan pengumumannya pada 1 April mengenai penangguhan penggantungan dan penyahsenaraian sementara menunggu keputusan rayuan selanjutnya.

Dalam pada itu, Bursa Malaysia berkata jika syarikat berkenaan gagal menyelesaikan SCR menjelang 30 April, sekuriti-sekuritinya mungkin dinyahsenarai dan dikeluarkan daripada senarai rasmi dua hari pasaran selepas pemberitahuan oleh Bursa Securities.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan