JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Warga Asing Maut Dipercayai Jatuh Dari Kondominium Di Cyberjaya

21/04/2026 06:40 PM

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Cyberjaya, dekat dsini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh orang awam di tepi blok kondominium berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

“Mangsa berusia lingkungan 30-an disyaki terjatuh dari tingkat enam unit kediaman yang didiaminya di bangunan tersebut. Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Cyberjaya untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan