JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota Penguat Kuasa Ditahan Bantu Siasatan Rasuah

21/04/2026 11:02 PM

GEORGE TOWN, 21 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada diambil tindakan undang-undang.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara November 2024 hingga April 2025.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke akaun Touch ‘n Go miliknya,” menurut sumber itu.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang Mustafa Kamal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan