JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Rugi RM415,000 Ditipu Tawaran Permit Haji, Perniagaan Hotel Di Makkah

28/04/2026 11:32 PM

KUCHING, 28 April (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang lelaki warga tempatan kerugian RM415,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melibatkan tawaran pengeluaran permit haji dan perniagaan hotel di Makkah.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 62 tahun berkenalan dengan seorang suspek lelaki pada 30 Okt 2024 di sebuah restoran di kawasan Clock Tower, Makkah. 

“Suspek menawarkan bantuan mendapatkan permit haji selain peluang menyertai perniagaan hotel bagi penginapan jemaah semasa musim haji dan umrah di Makkah.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran secara dalam talian ke dua akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini. 

Beliau berkata pembayaran pertama dibuat pada 10 Nov 2024 ketika mangsa berada di kediamannya di Kuching.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM415,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan